in

Keindahan WOW Pulau Kiwi Utara

Trip 7 Hari North Island New Zealand

Trip 7 Hari North Island New Zealand

Bila cerita pasal New Zealand, apa benda pertama yg terlintas dalam fikiran korang?

  • All Black (pasti anda peminat rugbi)
  • Lord of The Ring atau Hobbit
  • Burung Kiwi
  • Smeagol my precious… hahaha
  • Keindahan Alamnya

Semua diatas betul… New Zealand juga terkenal sebagai Syurga Dunia kerana cantik & indahnya North & South Island. Tapi trip kami kali ni hanya cover North Island…. sobsobsob. South Island InShaAllah next time.

 

North Island Day 1

Perjalanan ambil masa kurang lebih 8 jam. 6 jam dari KL ke Gold Coast, dan 2 jam Gold Coast ke Auckland, New Zealand. Sampai kat Auckland dah pukul 5 petang.

Destinasi pertama kami, ialah airport masjid yang terletak beberapa km dari airport Auckland. Solat Jamak Qasar disitu dan teruskan perjalanan ke Rotorua. Perjalanan ambil masa 3 jam, jalan agak gelap, sunyi dan akhirnya kami tiba di Four Canoes Hotel. Makan & tido jela sempat untuk hari ni.

sampai-auckland-airport
sampai auckland…. menetap di four canoes hotel, belasah maggie curry

North Island Day 2

Kuirau Park – Hobbiton Movie Set – Government Garden – Rotorua Lake

Pagi tu kami menuju ke Kuirau Park yang terletak beberapa km dari hotel..rupanya tempat ni merupakan geothermal effect, ada banyak kolam air panas. Patut la bau telur tembelang rupanya sulphur..

kuirau park

geotermal public park... byk hot spring

berkelah sambil posing2 ambil gambar
dari depan pokok, sampai manjat pokok nak posing….

 

Lepas letih berposing, kami ke desinasi seterusnya. Matamata, tempat pengambaran Hobbit & Lord of The Ring. Entry ke lokasi ini NZ $79 /person.

hobbiton matamata

Yg ni tempat beli tiket & cenderahati, pengunjung2 disini akan dibawa menggunakan bas pelancong ke lokasi perkampungan hobbit dalam lebih kurang 15 minit.

Baca Kisah Fateh the Hobbit.

frodo
Ini adalah fateh, jiran frodo
fateh seorang yg sangat rajin. tidak macam frodo yg hilangkan diri selepas curi cincin smeagol.
kerana sikapnya yg sangat rajin, fateh pada usia setinggi pintu hobbit telah berjaya membeli banyak hartanah di perkampungan hobbit
fateh juga menjalan bisnes import eksport kayu api menggunakan kereta kuda tanpa kuda
dia sering bantu neneknya jual keju. setiap petang fateh akan teriak “dua singgit dua singgit”. Org2 kampung mula syaki yg fateh bukan asal new zealand dan bukan hobbit. Siapa fateh ni? jengjengjeng

 

Habis dah kisah Fateh the Hobbit hasil arahan pengarah mak dia. Filem tak masuk pawagam sebab melampau misteri & tak cukup pelakon huhuhu 🙂

Setelah penat shooting filem di Hobbiton, kami pulang ke Rotorua dan singgah Government Garden dan Lake Rotorua.

 

government garden
government garden
rotorua lake
rotorua lake
hayati ciptaan Tuhan
hayati ciptaan Tuhan

 

North Island Day 3

Rotorua Skyline – Wai-O-Tapu

Naik gondola untuk menikmati permandangan dari atas dan dapat melihat keseluruhan bandar Rotorua.

pemandangan bandar rotorua

Kami juga berkesempatan menaiki Sky Swing, buaian gergasi antara salah satu permainan Xtream kat sini. Kemudian kami mencuba menaiki LUGE dengan menuruni cerun curam, tapi game ni sangat excited..

main LUGE turun bukit, vroooooommmmmmm
2nd round main LUGE, mmg syok……

Dah puas bermain, kami bergerak ke daerah Wai-O-Tapu untuk melihat glassier & amazing geothermal. Negara ni mmg kaya dgn geothermal, boleh generate FREE electricity

sampai dah depan wai o tapu
jgn pegi terjun sbb ingat kolam air panas, suhu air dia 100 celsius. jadi sup daging terus
wap air panas… hangat
persatuan ahli mesyuarat pagar huhuhu
bau telur tembelang memang kuat kat sini

Dari Wai-O-Tapu ke daerah Taupo, kami bermalam di Holiday Park, Lake Taupo. Ala-ala camping site, pengunjung boleh pilih nak sewa chalet atau sewa tapak bagi yg guna caravan.

Top 10 Holiday Resort
holiday resort menyediakan 2 pilihan, sewa chalet atau sewa tapak untuk campervan

 

North Island Day 4

Huka Fall – Lake Taupo – Liliput Animal Farm

Hari ni kami ke Huka Fall, plan nak naik cruise tapi rupanya pukul 2.30 petang baru ada kosong. waktu kami sampai tu awal sangat baru pukul 10.30 pg. Nak tunggu memang tak la. So, kami just jalan2 menikmati keindahan semulajad kat sini.

posing sbb takleh mandi kat Huka Fall, deras ni
berjaya snap gambar rainbow

Dari puncak Huka Fall, kami turun kebawah lawat Lake Taupo. Nampak mcm sea view tapi sebenarnya adalah tasik yg sangat besar. Memang excellent.

Lake Taupo
Indah mata memandang…. Lake Taupo
cantikkan pemandangan semulajadi disini, indah tetapi byk najis semulajadi disini (tahi itik). Anda akan upgrade skill kesat kasut pada rumput bila berjalan kat sini sbb byk periuk api tahi itik huhuhu
ruang berkelah lake taupo

Habis bersantai di Huka fall & Lake Taupo, kami bergerak ke Liliput Animal Farm, Entry fees lebih murah berbanding di Agrodome, mungkin sebab x da show dan tempat ni pun agak jauh dan di pedalaman. Tapi agak berbaloi, kami dapat bagi makan pada kambing, guinea pig, poney, Lamar dan macam-macam binatang lain kat sini.

Fateh jerit “mama, poney”, terus posing bagi makan dan suruh husband amikkan gambar. Husband tegur “itu keldai la”. Epic Fail huhuhu
binatang paling hensem kat sini adalah llama, dia punya ramos (jambul) memukau penghuni farm2 lain disini. yg kanan tu llama jambul kene tebas dah. mungkin masih bersekolah. Beware..Lamar like to spit!
my little poney & friends….
geli geleman tangan bila suapkan jorang nie, tapi itulah pengalaman yg menyeronokkan disini
lak sibuk
adik ipar aku ni macam pirate tak, sbb dia ada parrot…. cewah. fateh sibuk main rabbit
konfius nak ckp ini kereta apa sebenarnya ekekeke

 

North Island Day 5

Turangi – Turangi River – Mt Tongariro

Ni nak review rumah airbnb yang kitorang stay masa di Turangi, New Zealand. Rumah ni milik Mr Clint. Rumah yang cantik & selesa untuk kami sekeluarga bercuti di sini. Rumah ni ada 4 bilik dan 1 toilet. Kitchen dia lengkap dengan peralatan dapur, nak masak memang x da masalah. Sayangnya ktrg just stay 1 mlm sahaja kat sini. Klu ikut hati, nak stay lama sikit kat rumah ni. Area Turangi ni takde apa sangat attraction, cuma dekat dengan Tongariro Alphine crossing dan Mt Ruapehu.

rumah Mr Clint
wellcome chalkboard dari Mr Clint, ada tempat barbeque & kayu api, boleh layan nie
umah dia mmg santai dan rileks
bedroom pun selesa, rumah ni mmg getaway untuk istirehat dgn family
belakang umah ada kebun tanaman tomato, lemon, strawberry etc, Mr Clint suruh petik jika nak makan tau nak guna untuk masak

Selalunya orang akan memancing ikan trout kat sini, sbb ikan trout kat sini antara yang terbaik kat dunia. Kami just singgah kat Turangi river yg berdekatan, dapat la feeling main-main sungai kat oversea ni.

belakang rumah ada Turangi River, kaki pancing seronok datang sini sbb banyak ikan trout

Balik rumah semua dah lapar, kami gotong royong masak. Ketua chef husband.

masta chef husband masak, ayam & salmon panggang. Mak ngan fateh dah tak sabar nak makan 🙂

Aktiviti hari ni santai, berjalan-jalan just nak appreciate nature. Kami singgah Mt Tongariro

depan mt tongariro, antara gunung berapi di zon taupo. tak daki sbb tinggi sangat

 

North Island Day 6

Hamilton Garden – Hamilton Mosque – Buckland Beach – Omana Regional Park

Checkout je dari rumah di Turangi, kami bergerak menuju Hamilton Garden. Ada taman bunga cantik disana. Jom….

tempat ini bagus untuk aktiviti keluarga
budak ni jadi hyperaktif la kalau jumpa taman permainan & padang lapang, letih nak kejar
itu bukan aiskrim sayang oi…. takleh makan
taman ni kalau musim bunga memang syurga bunga la

Singgah sembahyang zohor di Masjid Hamilton, ramai muslim disini terutamanya muslim somalia.

Alhamdulillah, jorang ni peramah. berborak dengan beberapa orang disini. hari ini jorang buat kutipan derma untuk bantu muslim Somalia yang sedang dilanda kemarau.

Kami kemudian menuju ke rumah penginapan Mr Ge yang terakhir di Pakuranga Rd, Auckland.

penginapan terakhir di New Zealand. Rumah 2 tingkat
yang penting mesin basuh, senang basuh semua baju sebelum balik Malaysia. Sampai Malaysia nanti rileks tak perlu dan basuh baju satu beg 🙂

Semua gian lagi nak berjalan, ingatkan nat rehat. Berdekatan rumah kami, ada pantai indah, Buckland Beach.

seaview buckland beach
fateh & dinosaurs muahahaha

Habis di Buckland Beach, kami menuju Omana Regional Park.

pemandangan hijau….
fateh “mama, seagull”, mama “iya ke dok”

 

North Island Day 7

Butterfly Creek – Dinasour Land

Hari terakhir kat Auckland. Fateh kata bosan jalan-jalan. So, kami decide nak bawak dia ke tempat ni untuk tengok dinosaur, favorite dia. Rupanya kat sini, ada macam-macam animal lain macam lamar, walabi, kambing, guinea pig , butterfly, crocodile, dll.

seronok lah kau

happy sangat dia ni, tinggalkan kat sini baru tau
raptor ambush
dinasour nak panjat pokok, logik ke?

cuba cari llama dan walabi?

 

Habis dah coret saya sepanjang bercuti di North Island, New Zealand. Ada rezeki kami rancang nak ke South Island, New Zealand. Tak sah ke New Zealand kalau tak visit South Island sebab kat sana lagi banyak pemandangan semulajadi yang 2x WOW.

Misi Nekad Memburu Yuki

Ke Koh Lanta Thailand Kita