in

Misi Nekad Memburu Yuki

Trip 6 Hari Osaka Japan

Trip 6 Hari ke Osaka Japan

Trip 6 hari, bermula 12 hingga 18 Januari 2017. Kekok jugak sebab sebelum ni kami pernah bercuti di Tokyo, tetapi ditemani kawan yang mampu berbahasa jepun. Nekad pergi juga bertiga, takda yang mahir berbahasa jepun, hanya tau Árigato’ dan Alhamdulillah semua berjalan lancar.

Osaka day 1

Bertolak dari KLIA 2 pada pukul 8 pagi dan sampai di Kansai airport lebih kurang jam 5 ptg waktu jepun. Perjalanan agak lama, nasib baik bawa laptop layan cite Pete’s Dragon.. takda la bosan sangat.

Sampai sahaja airport, check immigration, kastam then terus serbu kansai information counter beli pass;

JR pass -2300 yen x 2 adult
Keihan pass- 700 yen dan x 2 adult
Osaka amazing pass -3000 yen x 2 adult

 

trip osaka japan 004
Pass travel yang kami guna kat Osaka, Kyoto & Shiga

Kita sangka travel ke negara matahari terbit ni mahal, tapi dengan adanya pass macam ni sangat menjimatkan.

Untuk ke rumah Airbnb, kami perlu turun di Stesen Shin Imamiya, kami gunakan train Nankai Limited Express lebih kurang 40 min. Nasib baik host rumah dah bagi guide nak ke rumah & password kunci sume. Rumah kecik tapi selesa lah untuk kami bertiga.

Penat…zzzz sampai besok pagi

 

Osaka Day 2

Kami keluar rumah awal pagi untuk ke Biwako Valley, perjalanan amik masa 2 jam 30 min. Dari Shin Imamiya kami naik JR Loop Line untuk ke Osaka Station, kemudian ke Kyoto dan menuju ke daerah Shiga. Kami disapa oleh pasangan Indonesia yang kebetulan juga hendak ke Biwako Valley. Alhamdulillah ada geng. Jimmy dan Dhia peramah orangnya, merupakan Dr yang sedang training di salah sebuah hospital di Osaka.

Dalam train kami dihidangkan dengan permandangan daerah Kyoto dan Shiga. Sampai sahaja di stesen Shiga, salji mula turun.. tapi malangnya pengawal bertugas beritahu yang Biwako Valley tutup disebabkan ribut salji… masa tu sedih x tau nak cakap mcm mane…kami main2 dengan salji yang mula turun tu.. huhu. Nasib baik Jimmy boleh berbahasa jepun, dan dapat info ada 1 lagi tempat yang boleh main snow; Hakodateyama Ski Area. Kami pun naik lagi train ke Omi-Imazu Station, kemudian naik bas ke Hakodateyama Gondola.

Masa ni salji turun dengan lebat, rumah2 habis diliputi salji yang tebal. Sementara menunggu bas kami sempat bermain salji di stesen bas.. Fateh paling seronok, kalau tak asyik cakap nak main snow je sblm ni. Tercapai jugak hajat dia. Tambang bas ke gondola cuma 220 yen & tiket naik gondola ke ski area 1800 yen /person.

 

masa tunggu bas pun nak ke Hakodateyama pun dah puas main salji

puas main salji kat ski area

Di Hakodateyama, salji turun macam ribut..tapi puas la kami main salji kat sana sampai muka pun pucat lesi.

Kaki dah beku, seluar pun keras dengan salji

 

Osaka Day 3

Makan Jepun Halal – Kyoto – Gion – Fushi Inari – Tokyo Tower

Hari ketiga kami ke Kyoto menggunakan Keihan Pass, tapi rupanya x boleh naik dari Shin Imamiya, kami kena jalan kaki ke Dobutsuen-mae station yang lebih kurang 5 min dari rumah. Kami naik train ke Yodoyabashi dan naik Keihan Line ke Kyoto. Sepanjang perjalanan, Kyoto dihujani salji lagi.. hooorey.

pemandangan yang jarang dapat dilihat…. sedut udara segar & nyaman
Inilah Oshin, sape pernah tengok drama Oshin kecik-kecik dulu….. huhuhu
pantang nampak salji…. nak main gak lagi

Kami berhenti di Gion-Shijo untuk mencari kedai Naritaya Halal Yakiniku, kami berjalan lebih kurang 10 min ke destinasi. Kedai makan ni memang sedap, kami makan daging panggang serlion jepun.

 

susah nak cari restoran halal kat sini, sekali nampak menu mau temenung

 

Di sekitar bandar Kyoto terdapat banyak shrine yang menarik dan unik seni binaannya. Kami sempat bergambar dari luar. Kebetulan disekitar shrine ni ditutupi salji, apa lagi main ‘Yuki’ lagi, sempat la kami buat snow man, baling2 snow. Kami berjalan2 di daerah Gion ni, bangunannya unik, masil mengekalkan senibina lama.

 

rasa macam berjalan di Leaf Village Naruto

Kami juga ke Fushi Inari shrine..dan Kyoto Tower menggunakan Keihan pass. Sebenarnya banyak lagi tempat yang boleh dilawati tapi kami dengan anak kecil, sejuk dan penat.. tu je la tempat yang kami sempat cover di sekitar Kyoto.

macam scene samurai tak?

 

Osaka Day 4

Pada hari ke-4 ni, kami guna Osaka Amazing pass, tempat yg terdekat dirumah kami ialah Osaka Tower, just jalan kaki je ke sini. Diatas tower dapat melihat keseluruhan bandar Osaka. Lepas tu kami bergerak ke Osaka Zoo, tapi malangnye zoo tutup pada hari Isnin. Kemudian kami ke Osaka Museum dan Osaka Castle. Penat mendaki ke castle, tapi pemandangan memang sangat cantik.

di main gate entrance osaka castle

Selesai bergambar di castle, kami ke Tempozan ferris wheel, naik gondola dan menikmati pemandangan disitu. Ingatkan boleh naik cruise, tapi Santa Maria Cruise tutup jugak..ish2 malang betul hari ni.

Nak cover perasaan keciwa, kami singgah di Namba dan makan malam di Halal Ramen Honolu Sedap… teringat2 sampai sekarang..

Halal Ramen Honolu

 

Osaka Day 5

Hari ni, merupakan hari terakhir kami boleh berjalan di Osaka. Disebabkan terlalu banyak sangat berjalan, kaki pun rasa macam nak tercabut dah. Kami bergerak lewat dari rumah dan menuju ke Hep5 salah satu tarikan di daerah Umeda (layan gondola lagi). Kemudiannya, kami ke Osaka House of living, tapi malangnye tutup pada hari Selasa… kecewa lagi sobsob.

Kami ke dotonbori, area Namba. Disana kami menaiki cruise dan shopping kat duty free. Then, balik rumah packing nak gerak awal besok.

 

 

Osaka Day 6 – Leaving Kansai…

Overall percutian ke Osaka ni memang best, ada rezeki boleh datang lagi…

Jom Cuti Ke Perth Australia

Keindahan WOW Pulau Kiwi Utara