in

Ke Koh Lanta Thailand Kita

Antara Pantai Tercantik Di Thailand

Percutian kali ni, kami ke Koh Lanta dengan my friend Nina & family. Kami memandu kereta masuk ke Thailand melalui Wang Kelian. Perjalanan ambil masa 3 jam dari Wang Kelian utk sampai ke Koh Lanta. Kami stay di Lanta Miami Resort, tempat yang cantik, bilik besar dan selesa, ada kolam renang dan belakang tu terus pantai. Percutian yang singkat tapi sangat berbaloi.

Lanta Miami Resort

kami 2 beranak je, amik katil sorang satu la nampaknya

Dah start dah, pantang nampak pantai, 2 cangkul sedia bina sand castle huhuhu

ingat nak mandi pantai hari ni, tapi angin ngan ombak agak kuat

time kami datang ni, orang tak ramai. seronok macam pantai ni kami yang punya

apa yang sedang dia fikirkan tu, harap menghayati ciptaan Allah. Mungkin juga rindu abahnya tak dapat ikut.

Keindahan WOW Pulau Kiwi Utara