in

Jom Cuti Ke Perth Australia

Trip ke Perth, Western Australia

Percutian kali ni nak cover bahagian western Australia pada May 2016 yang lalu. Trip kali ni dengan kawan-kawan, kami bertiga dan my friend, Tiya, Farhana & anaknya Raisya. Ramai-ramai baru best, klu kami bertiga je mcm krik2 sikit. Fateh pun seronok sebab ada kawan.

perth australia
posing dulu kat welcome to perth 🙂

Destinasi pertama kami, Mandurah Dolphine cruise. Kat sini kalau bernasib baik baru jumpa Dolphine. Kami berkesempatan tengok dolphine tapi dalam gambar tu nampak kecik je la..Entry fees; Adult $28, Student/Senior $22, Child (3-12 years of age) $14,Family (2 adults +2 children) $72.

mandhurah dolphine cruise
naik bot tgk dolphine…. budak2 ni tak mau duduk dalam, nanti tak nampak dolphine katanya
mandurah dolphine cruise 06
dolphine ni keluar mengejut-mengejut, tak sempat nak snap gambar. Ini pun nasib baik…. tapi gambarnya melampau kecik, terpaksa tunjuk dgn arrow huhuhu.
mandhurah dolphine cruise
kawasan perumahan elite, cantik2. rata-rata ada bot atau kapal layar peribadi. mampu tgk dan berangan je lah

Awal2 trip memang bertenaga. Gerak menuju Busselton Jetty, ktrg terlewat beberapa jam ke sini dan x berpeluang nak naik train untuk ke dasar laut. Sebelum tu tayar kereta ktrg pancit..nasib baik ada mat salleh bantu kitorang tukar tayar…lega

Busselton Jetty
layan tayar pancit, sampai sini dah nak sunset. cantiknya pemandangan
Busselton Jetty
minta izin posing dulu yer…. budak2 ni lagi pandai bergaya

Pada hari kedua, kami bergerak dari Restawile Motel ke Canal Rocks, cantek sangat tempat ni..korang layan gambar ..

indahnya ciptaan Nya
titi yang membolehkan pengunjung berjalan keliling canal rocks… tak berani sbb ombak kuat sangat
chak….

Kami meneruskan perjalanan ke Hamelin Bay untuk tengok Sting Ray (ikan pari), sekor pun x jump..tapi permandangan kat sini superb..

cantik tapi tidak dibenarkan mandi sbb byk sting ray (ikan pari)
ada laluan tuan utk ke tempat tinggi, memudahkan pengunjung melihat pemandangan dari puncak yg terdapat disitu

Destinasi seterusnya Cape Leeuwin Lighthouse, Fees: Adult $5 Child $3. Byk lighthouse yg terdapat di Australia disebabkan negaranya yang berbentuk pulau. Ini yg terdekat.

Kami bermalam di Kingsley Motel, di daerah Manjimup dan keesokkan pagi kami berkesempatan ke ladang epal di daerah ini.

budak2 sukalah siap nak makan, ingatkan jorang kene minta izin dulu, kalau nak kita beli 🙂

Lepas memborong epal, kami terus ke Green pools & Elephant rock, perjalanan agak jauh, nasib baik tempat ni sebelah2 je.

kat atas ni baru nampak ala ala green, sbb tu dinamakan green pool
sini boleh mandi manda, silap kami tak bawa kain basah ngan tuala

Ini elephant rocks yg di gembar gemburkan, nampak tak? lebih kurang pulau dayang bunting, kene cari sendiri bentuk gajah, ada la dua ekor

Albany Wind Farm & The Gap (Thorndirrup National Park). Masuk free jer dua-dua ni.

iklan ke apa ni?
nature meets wind turbine, satu pemandangan yg bukan lazim dapat dilihat
The Blowholes, berdiri dekat dgn blowholes ni menakutkan, ombak kuat menghentam batu & lubang ni menghasilkan bunyi yg boleh dikatakan ngeri

Keesokan pagi tu kami bergerak pulang ke town, dan singgah ke Caversham wildlife Park, boleh main- main ngan kangaroo, ada animal show,koala, llama

baru habis show cukur bulu biri-biri like a bos, kesian pulak tengok biri-biri tu telanjang
seronok bagi makan kangaroo, negatifnya kangroo ni jadi sangat pemalas sbb asyik disuap makan oleh pengunjung. siapa yg pernah datang sini mesti faham maksud kangroo pemalas

palette makanan disediakan satu tong, seronok la budak2 ni.

“say hai”, gambar last yg saya share, koala. mintak dengan mat salleh tukar, saya dukung koala, mat saleh dukung fateh, dia tak bagi, katanya koala binatang yg cepat stress. saya yang stress tak dapat dukung.

Misi Nekad Memburu Yuki